
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian belakang sebelah kiri belakang dada
Saya wanita berumur 32 tahun… sudah lebih tiga hari sakit bahagian belakang disebelah kiri… bahagian tengah belakang bahagian kiri… belakang dada… sakit yg amat sgt sampai sy tidak bole duduk meneggak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami sakit di bahagian belakang:
- Tarikan ligamen atau otot
- ‘Slipped disc’/disk tergelincir
- Osteoarthritis tulang belakang
- Otot kejang / muscle spasm
- Spondylolisthesis
- Jangkitan kuman
- Trauma/ kecederaan/kemalangan
- Sindrom “cauda equina”
Sekiranya anda mengalami gejala ini, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor segera:
- Gangguan aktiviti harian
- Kesukaran bernafas
- Pergerakan tulang belakang terbatas
- Kaki berasa sakit dan kebas
- Tidak dapat mengawal air kecil dan besar
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!