
Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian belakang
Nama sya sabturana ,umur 36…sya selalu sakit belakang …masa anak sya umur 2 thun sya angkat dan bila nak turun kan belakang saya sakit dan ade bunyi…dri c tu lah blkang saya mula skit…baik sekejap nti bila sjuk skit tu dtang balik…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah sakit belakang berdasarkan keterangan encik ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- slipped disc (lazim berlaku pada bahagian pingang tulang Lumbar 4 dan 5)
- herniated disc
- ankylosing spondylitis
- masalah batu karang dalam buah pinggang
sebab lain yang amat jarang seperti
- tibi tulang belakang (tb spine)
- jangkitan kuman pada tulang (osteomyelitis)
Dalam kes anda, ianya seperti sebab trauma kerana mengangkat beban yang berat dengan postur yang salah. Oleh yang demikian, kemungkinan besar ianya adalah slipped disk.
Rawatannya termasuklah fisioterapi, pengurangan berat badan, pemulihan carakerja dan pendidikan postur yang betul untuk mengangkat barangan berat serta ubat-ubatan. Terdapat juga pilihan pembedahan untuk masalah ini namun, ia tidak digalakkan kerana pembedahan melibatkan saraf (neurosurgery) mempunyai risiko yang tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.