
ishazakaria
5 tahun
Sakit bahagian belikat
Saya berumur 59 tahun. Saya mengalami sakit di bahagian tulang belikat sebelah kanan. Kadang terasa sampai ke lengan sehingga tidak dpt mengangkat tangan kerana terlalu sakit. Apakah punca nya dan bagaimana cara untuk mengatasi nya
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada bahagian belikat kanan anda boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang dan bahu
- Radang saraf bahu atau tuang belakang
- Masalah saraf bahu sempit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.