
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian dada bila bergerak
Saya wanita berumur 20 tahun mengalami rasa sakit di bahagian dada, sekejap sakit sebelah kanan sekejap sebelah kiri, sudah pernah cek dengan doktor hospital tapi keadaan masih sama, kadang2 sukar untuk menggerakkan tangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jaga kesihatan jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi