
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian dalam perut
Saya perempuan berusia 21 tahun dn belum berkahwin. Sy nk tny doktor, kenapa ye sy rasa sakit perut , mcm nak buang air besar. Tapi tak… Sometimes rasa sakit seperti cirit birit tp tak boleh buang air besar. Sometimes bila dh buang air besar pun , 2 atau 3 jam lepas tu akan rasa sakit perut balik. Sakit ni dah seminggu rasa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat banyak diagnosis bagi sakit perut antaranya:
- Keracunan makanan
- Sembelit
- Masalah ovari seperti ovulasi, ovari terbelit
- Penyakit radang usus
- Fibroid atau endometriosis dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.