
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian dubur
SAYA BARU MENGALAMI KEMALANGAN MOTOR. SAYA PERGI KLINIK SWASTA DAN DOKTOR MEMBERI SAYA SUNTIKAN ANTIBIOTIK PADA LENGAN DAN UBAT. SELEPAS 3 HARI SAYA DAPATI SAYA SAKIT DI BAHAGIAN DUBUR DAN TERASA SEPERTI DICUCUK DAN BERLENDIR BERBAU BUSUK. MEMBUANG BUANG AIR KECIL DAN BESAR SEPERTI BIASA TETAPI RASA SAKIT DI BAHAGIAN DUBUR. SAYA TAK PASTI BUASIR ATAU EFFECT UBAT ATAU SUNTIKAN TERSEBUT.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dubur boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.