
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian kanan & Saiz payudara berbeza
Saya wanita berumur 26 tahun dan masih belum berkahwin.saya mengalami sakit di bahagian bahu kanan… bawah ketiak kanan sehingga ke hujung jari…kadangkala sehingga ke bahagian tepi payudara…setelah melakukan pemeriksaan di klinik…doktor dapati tiada apa2 benjolan/ketulan dibahagian payudara saya. Dan doktor hanya mengatakan mungkin masalah otot/urat. Saya dapati juga saiz payudara saya agak berbeza…di bahagian kanan lebih besar dr bahagian kiri.adakah itu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pada bahu kanan yang menjalar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- frozen shoulder
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
Merujuk kepada ukuran payudara, ia adalah keterangan yang subjektif. Secara umum, ukuran setiap dua anggota atau bahagian tubuh adalah tidak simetri. Justeru, sukar untuk dikatakan apakah ketidaksamaan yang anda hadapi ini bermasalah ataupun normal.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi rutin harian dan pekerjaan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.