
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian pinggang sebelah kanan
Saya lelaki yg berusia 34 tahun,dah kawin 4 tahun, masalahnya bila berhubungan sex hampir klimaks saya akan berasa sakit pinggang sebelah kanan…sakit tu hanya datang sekejap lepas tu hilang x rasa sakit dah… kadang2 rasa sakit pinggang tu datang tiba2,tapi hanya sekejap sahaja lepas tu hilang.adakah sakit pinggang sekali sekala tu normal?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit pinggang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kelemahan otot pinggang, kerap kekejangan. Kejadian ini amat umum, biasanya setelah mengekalkan satu postur berjangka panjang. Ini boleh dikawalkan dengan bersukan, menguatkan otot pinggang dan mengamalkan postur badan yang sihat.
Selain itu, gejala sakit pinggang juga boleh disebab oleh perkara lain seperti penyakit buah pinggang, kecederaan otot pinggang, keradangan sendi tulang belakang, gangguan saraf, penyakit cakera tulang belakang dan selainnya.
Anda boleh merujuk kepada doktor dengan lanjut untuk menjalani sebarang periksaan dan penyelidikan, mengetahui punca penyebab sakit pinggang anda dan dapatkan penjelasan serta rawatan sesuai untuk mengatasinya.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.