
Anonymous
2 tahun
Sakit bahagian pundi sebelah kanan
Rakan saya mengalami masalah sakit di bahagian pundi sebelah kanan. Dia merasakan seperti senak dan mencucuk di bahagian tersebut. Dia buat ultrasound tetapi tidak menjumpai apa apa dan doktor kata ianya normal tetapi doktor ada cakap yang dia ada simptom kanser. adakah penyakit tersebut adalah sebahagian dari kanser ataupun ianya hanya sakit biasa? kerana rakan saya kerap mengadu bahawa dia rasa sakit di bahagian tersebut tetapi masih tidak diketahui punca dan apakah penyakitnya. Boleh doktor jelaskan lebih lanjut mengenai sakit yang dialami rakan saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan olehi:
Jangkitan saluran kencing contohnya jangkitan buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan seksual, penyumbatan separa laluan kencing, kateter, atau najis yang menyentuh faraj.
Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak lengkap (Inkontinens limpahan) . Inkontinens limpahan boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (daripada kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau oleh penyumbatan dalam saluran kencing, seperti batu ginjal, atau tumor saluran kencing yang menyekat uretra.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi seria rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!