
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian tengah dada
Salam sejahtera. Saya wanita berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah mengalami sakit di bahagian tengah dada (atas dari breast level) sejak beberapa hari yang lepas. Sakit tu mcm continuous tp jd lebih intense bila bahagian upper body saya bergerak. Contoh nya bergerak dari duduk ke tidur, dari tidur nak bangun, semasa saya nak tukar position masa tidur, dan bila saya terbatuk. Saya ada berjumpa doktor dan saya tengok diagnosis yg dia tulis epigastric pain, katanya mungkin sebab daripada saya makan pedas (Ayam McD) atau makan tak teratur, tapi seingat saya sakit tersebut dah mula sejak sebelum saya makan tu. Saya tak ada jatuh atau apa2 di bahagian dada. Saya nak tanya, apakah kemungkinan lain yg boleh menyebabkan rasa sakit di tengah dada (atas dari breast level).
Saya cuba nak bertanya pada doktor yang saya jumpa, tapi beliau seperti acuh tak acuh dan insist mengatakan disebabkan oleh makan pedas. Saya diberi ubat omeprazole, hyoscyamine, ranitidine dan liquid macam gaviscon.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada tengah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asid (gastrik) refluks - apabila asid perut memasuki saluran pernafas
- Ketidakhadaman - akibat penyakit seperti ulser perut
- Jangkitan saluran susu payudara atau saluran susu tersumbat
- Sakit jantung - wanita bersalin mempunyai risiko darah membeku dalam saluran darah dan jika saluran darah jantung atau paru-paru mempunyai darah beku, ia boleh menyebabkan sakit pada dada
Merujuk kepada lokasi keluhan anda, seandainya benar keluhan sakit dada anda terkait dengan masalah pedas, hal ini terjadi kerana makanan pedas dapat menyebabkan asid perut naik. Apabila asid perut naik mengenai esofagus, maka dapat timbul gejala seperti sakit dada tengah dan batuk. Walaupun ubatan yang telah diberikan dapat meneutralkan dan mengatasi asid perut yang naik, ubatan sahaja tidak cukup untuk mengatasi masalah ini. Untuk membantu mengatasi gejala ini, anda perlu melakukan perubahan gaya hidup dan rutin berupa:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Dalam pada itu, sekiranya anda mengalami salah satu gejala dibawah, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.