
Sulit
4 tahun
Sakit batang leher dan pening kepala
Salam sejahtera doktor, suami saya sering mengadu sakit bahagian batang leher. Masalah ni sudah lama sejak beberapa bulan yang lepas. Dia hanya membiarkan masalah ini berlanjutan tanpa berjumpa dengan doktor. Baru-baru ni pula, dia mengadu pening-pening kepala. Soalan saya doktor, apa punca dia sakit bahagian batang leher dan pening-pening itu doktor? Terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ysakit leher dan pening kepala yang suami anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Salah posisi tidur
- Gejala berdengkur waktu tidur
- Kurang oksigen dalam badan
- Penyakit darah seperti anemia (kurang sel darah merah yang mengandungi oksigen_)
- Tekanan darah tinggi
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
- migrain
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Kami sarankan pihak anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk. Sementara itu, pihak anda boleh melakukan yang berikut untuk mengurangkan simptom anda iaitu:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Kurangkan tekanan darah
- Banyakkan senaman yang seimbang
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Anda rasa pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.