
Sulit
5 tahun
Sakit Batu karang v2
Sy ade msalah batu karang or not sure sbb tak pergi cek. Sakit gak kat pinggang. Sy xnak tahan wad so ade yg syorkan ambil triple t. Bagus ke tea triple t. Or ade cara lain doktor. Doktor rase sy dah teruk ke.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami tidak dapat mengetahui status anda mempunyai batu karang ataupun tidak jika tiada ujian kesihatan yang dibuat. Batu karang yang bersaiz kecil boleh turun dengan sendiri dengan banyak minum air kosong. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor agar siasatan boleh dijalankan. Kebanyakkan kes tidak memerlukan tahanan wad, namun jika perlu, maka baiklah anda mengikuti nasihat doktor kerana jika masalah berkait buah pinggang tidak dirawat segera, ia boleh rosak dan anda akan memerlukan dialisis seumur hidup.
Mengenai penggunaan produk teh herba triple T pula, mereka tidak menjalankan kajian menyeluruh klinikal ke atas manusia dan hanya menggunakan dakwaan ujian makmal sahaja. Untuk sesuatu ubat itu diklasifikasikan berkesan, ia perlu melepasi ujian klinikal terhadap manusia kerana jika ujian makmal berkesan terhadap haiwan ataupun tisu organ, ia tidak semestinya berkesan dan baik untuk tubuh manusia. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk masalah anda kerana hanya dengan beritahu gejala sahaja agak sukar untuk mengenalpasti punca masalah kesihatan anda. Sekian