atinazley93
6 tahun
Sakit bawah perut dan gastric
Saya bru lps keguguran. Tp sejak dua hari lps sy terasa perut seperti gastrik dan mula sakit di bhgn bawah perut. Bermula dr sebelah kanan bawah membawa ke tengah. Terasa seperti period pain dan cramp. Sehingga badan dan sendi2 sy rasa sakit dan sengal. Bahaya atay tidak keadaan ini doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal untuk dihadapi oleh wanita yang baru sahaja keguguran. Namun begitu, ia boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara lain. Antaranya:
- Endometriosis
- Jangkitan rahim
- Fibroid
Jika anda demam, sakit rahim yang teruk, pendarahan yang banyak, sukar bernafas, sakit dada atau pening, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































