
lyanadaniel584
5 tahun
Sakit bawah perut hingga ke lubang dubur
Update lebih lengakap soalan saya.
Hai dokter. Sy seorg perempuan umur 28tahun. Ibu kepada 5 org anak. Ank terakhir lahir pd bulan 12/2018. Saya nak bertanya kan simptom sy. Saya sering rase krano bawah perut. Bila ditekan sakit sampai ke lubang dubur. Rse ditarik2. Saya da buat skop mlalui mulut pd 27.11.2019 dan dokter ckp sy gastrik dan dbekalkan ubat panto. App pakar akan dtg pd bulan 5. Sjk bberapa bulan lepas,sakit bawah perut jd kerap. Lebih kepada xselesa. Dan bila sakit,kawasan dubur turut sakit. Serta bila saya buang air besar atau cangkung terlalu lma,akan ada benjolan yg keluar. Dan benjolan tu akan surut smula dan keluar semula bila saya buang air besar. Sy tak pernah mgalami berak berdarah. Hanya kerap buang angin dan xselesa dibawah perut hingga ke dubur. Dan ade masa nya pinggang saya juga sakit. Knp ya dokter? Saya ade tuju kan masalah sy pada pakar di sopd tp mereka tak mberi apa2 jawapan atau mlakukan ape2 pmeriksaan.
Ade x ape2 ubat tahan sakit atau ubat lain2 yg bole sy cuba untuk kurang kan simptom ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah batu pada buah pinggang atau saluran kencing
- Buasir
- Luka atau pendarahan pada saluran pencernaan
- Keradangan pankreas atau organ yang berhampiran dengan bahagian bawah perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh baca lebih lanjut mengenai masalah benjolan yang keluar pada lubang dubur anda di sini. Terima kasih.