Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut sebelah kanan ketika mengandung
Saya hamil 33 minggu dan ini kandungan yg ketiga…sejarah saya dua kali bersalin czer… Jarak kali ni 2 tahu… Skrg ni saya rasa sakit mencucuk dkt bawah perut sebelah kanan…nk berjalan pun susah… Bila naik kereta ada gegaran pun mbuatkan saya rasa sakit cucuk cucuk dan pedih… Adakah itu sakit parut ceaser saya? Atau angin dlm perut? Saya risau sgt kalau ia melibatkan parut ceaser saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penguncupan Braxton hicks
- Tanda-tanda bersalin awal (gejala berkaitan bilangan kontraksi dan tahap kontraksi, sakit belakang dan sakit kaki, pecah air ketumban)
- Masalah anggota di bahagian bawah perut kanan; radang appendiks, penyakit radang usus (Inflammatory bowel disease), masalah ovari (Ovarian cyst)
Mengenai parut ceaser anda, sakit tersebut kebiasaannya dibahagian bawah perut dibawah parut kulit pembedahan. Walaubagaimanapun, sekiranya sakit ini benar-benar diluar kawalan, anda disarankan untuk berjumpa pakar sakit puan bagi melihat dengan lebih lanjut kawasan parut di rahim anda. Hal ini kerana, pakar akan menggunakan pengimbas ultrasound untuk melihat ketebalan rahim pada kawasan parut anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.