
Anonymous
6 tahun
Sakit bawah perut sebelah kanan
Doktor sahkan saya cyst atau fibroid…Apakah cara atau makanan yang boleh mengecutkn cyst atau fibroid ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, penyakit yang biasanya dipanggil_cyst_ atau ovarian cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair atau tisu lain yang terbentuk di dalam atau pada ovari. Ovarian cyst adalah kondisi biasa yang boleh berlaku semasa tahun subur ataupun selepas menopaus. Kebanyakan cyst adalah jinak (bukan kanser) dan boleh hilang sendiri tanpa rawatan. Amat jarang sekali cyst ini dapat berukar menjadi ganas (kanser).
Fibroid rahim adalah pertumbuhan jinak (bukan kanser) yang berkembang dari tisu otot rahim. Mereka juga dipanggil leiomyomas atau myomas. Saiz, bentuk, dan lokasi fibroid boleh berbeza-beza. Mereka mungkin berada di dalam rahim, di permukaan luarnya atau di dalam dindingnya, atau melekat pada dinding rahim seperti struktur batang. Seorang wanita mungkin hanya mempunyai satu fibroid atau banyak dengan saiz yang berbeza. Fibroid mungkin akan kekal sangat kecil untuk jangka masa yang panjang kemudian tiba-tiba berkembang pesat, atau berkembang perlahan selama beberapa tahun.
Oleh itu, amat penting untuk puan tahu apakah diagnosis yang diberikan oleh doktor tentang penyakit puan. Sekiranya antara dua diatas, makanan tidak dapat merawat atau mencegah penyakit ini, akan tetapi, diet harian dan gaya hidup anda mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan risiko perburukan dimasa hadapan. Amalkan diet boleh membantu mengimbangi hormon-hormon yang boleh mencetuskan pertumbuhan ini. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda tentang pilihan-pilihan rawatan yang boleh dilakukan, Anda kata penyakit anda mencetuskan masalah, terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk membantu mengecutkan pertumbuhan.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.