
Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut terlampau
adik saya berumur 19, 2 minggu lepas dia mengalami masalah sakit perut yang menyebabkan dia tidak boleh membuang air besar. telah pergi ke farmasi dan membeli ubat senokot kalau tidak silap saya. ubat sembelit. makan masa 2-3 hari juga untuk dia membuang air besar. ingat sudah tidak akan terjadi, akan tetapi semalam adik saya mengalami kesakitan itu sekali lagi. kali ini lebih dari luar jangkaan, sebab dengan tidak semena-mena dia terbuang air kecil secara tiba-tiba. dia tidak dapat menahan. katanya sakit tu memang sakit, bila dia duduk dia terus terbuang air kecil. boleh saya tahu ap puncanya ya. pemakanan dia sama seperti saya kerana kami tinggal sebumbung dan kami juga makan makanan yang sama sepanjang pkp ini.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit perut secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.