Sulit
4 tahun
Sakit bdn dan tengkuk
Saya wanita umo 36…dah 3 hari saya sakit tengkuk dan blkg… Kdg2 sukar untuk bernafas… Saya memang ada
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot belakang yang terseliuh
Ketegangan otot belakang
Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.