Anonymous
3 tahun
Sakit belakang badan dari atas sampai bawah
Saya mengalami sakit belakang dari atas sampai bawah… bahagian depan badan tiada masalah. Sukar untuk duduk dan baring. Dari tidur semalam sehingga sekarang masih sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kemungkinan besar simptom yang anda alami berkaitan dengan satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah yang anda alami, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































