
suzeqchia
5 tahun
Sakit belakang bahagian bawah
Saya seorang wanita yang berumur 42. Saya bersuami dan mempunyai 5 orang anak. Sya juga seorang suri rumah sepenuh Masa Dan seorang yang aktif. Hobi saya ialah mengikuti larian marathon dan hiking.
Pada Masa ini saya mengalami sakit belakang bahagian bawah.mula2 sakit belakang yang saya alami hanya sedikit2. Ini berlarutan selama 3 Bulan tapi sejak 3 minggu yang lalu, sakit belakang ini semakin lama semakin teruk.Masa duduk, susah nak berdiri dan rasa sakit bila nak duduk.Apa lagi masa bersin atau batuk, sakitnya teramat sangat. Masa nak cuci muka ke mandi, tak boleh nak membongkok. Nak pakai seluar pun mesti kena duduk.
Ada ka saya mengalami slip disc? Apa kah rawatan yang sesuai untuk saya Dan Ada kah saya perlu menjalani pembedahan
Saya mengucapkan terima kasih kepada para dokter kerana sudi membantu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti slip disc
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
-Batu karang pada saluran buah pinggang
-Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.