
Sulit
4 tahun
Sakit belakang,bahu dan kepala yang berterusan
Saya wanita berumur 30 tahun.saya kerap mengalami sakit kepala yang berpanjangan.setiap pagi pula,bermula dari tapak kaki sehingga ke bahagian belakang,saya selalu sakit.semakin hari semakin teruk.setiap kali berjalan,tapak kaki saya akan sakit.sakit belakang pula menekan sehingga saya berasa hendak muntah,loya dan mual… kepala saya juga selalu sakit.saya selalu kebas di tangan,kaki dan kepala…daya ingatan saya juga semakin teruk.sekarang ni,saya tak ingat perkara yang saya lakukan semalam.saya selalu berasa sukar untuk bernafas,hidung jadi panas dan dada terasa sesak. Tangan saya juga tidak boleh menggenggam barang terlalu lama,sakit.seperti penyapu. Saya juga tidak boleh berdiri terlalu lama,sakit belakang walaupun hanya untuk mencuci pinggan 3,4 biji.bahu saya juga sakit,terlalu kerap…pain killer sudah selalu doktor preskripkan. Buat pengetahuan doktor,dulu saya selalu dipukul dengan objek keras seperti besi,kepala dihentak didinding dan berbagai lagi… doktor,adakah ini sebab saya selalu sakit atau ini simptom sakit lain?apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan sakit ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.