
Sulit
5 tahun
Sakit Belakang dan pinggang
Saya lelaki berusia 20an sering sakit belakang sejak 1tahun yang lalu apabila berdiri dan duduk di kerusi dengan agak lama. Saya juga pernah sekali injured di bahagian belakang sewaktu bermain gym. Apakah sakit belakang ini dapat sembuh seperti biasa ? dan apakah punca sakit tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.