
Sulit
3 tahun
Sakit belakang di sebelah kiri atas
Saya berusia 20-an, saya mempunyai rasa sakit belakang di sebelah kiri atas sudah masuk 2 hari dan sekarang masih terasa sakit itu. Rasa sakit seperti dicucuk ketika menarik nafas, tundukkan badan terutama ketika solat. Rasa sakit belakang ini juga menyebabkan rasa lenguh di bahu dan lengan kiri saya. Sekarang saya juga mengalami batuk tetapi tidak berkahak dan ketika batuk saya juga terasa sakit di tempat yang sama. Untuk makluman doktor, 2 minggu yang lalu saya juga mengalami sakit seperti dicucuk di sebelah kanan dada depan dan belakang apabila menarik nafas dan sukar untuk bergerak. Walaubagaimanapun, sakit disebelahkan kanan itu hanya bertahan selama 2 jam sahaja. Saya telah beberapa kali menjalani ujian ECG, dan jantung saya disahkan tidak mempunyai masalah akan tetapi saya mempunyai panic attack yang masih belum sepenuhnya recover. Oleh itu, adakah perlu untuk saya membuat further check up di klinik atau ini adalah sakit biasa sahaja. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami sakit belakang pada sebelah kiri atas selama 2 hari dan anda ingin mengetahui jika anda perlu merujuk kepada doktor mengenai perkara ini. Kami akan cuba mambantu anda.
Jawapan yang akan diberikan oleh kami adalah secara umum mengenai masalah anda kerana kami tidak dapat menyimpulkan punca sebenar masalah anda tanpa maklumat lanjut.
Sememangnya sakit belakang adalah salah satu gejala yang kerap dialami. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Kekejangan otot
- Melakukan aktiviti berat
- Jangkitan kuman paru-paru / Radang paru-paru
- Serangan jantung
Sekiranya anda mengalami sakit belakan yang berpanjangan atau mengalami simptom-simptom lain seperti :
- demam
- sesak nafas
- pening kepala atau tidak sedarkan diri
- badan lemah dan kebas
- bengkak pada bahagian kaki
Sila rujuk kepada klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.