Sulit
5 tahun
Sakit Belakang diantara bahagian bahu dan atas pinggang, tidak boleh mneggerakkan kepala dan badan kerana sakit yang menyucuk-nyucuk
Saya wanita berumur 29tahun, sejak 3hari yg lepas sehingga kini saya mengalami sakit dibahagian bahu sehingga atas dari pinggang… Saya telah makan ubat sakit urat, tetapi masih belum ok dan semakin sakit menyucuk-nyucuk sehingga mengganggu aktiviti harian saya… Saya berasa sangat sakit apabila menggerakkan kepala dan badan… Apakah tanda-tanda bagi penyakit saya ini dan apakah yg perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.































