
Sulit
4 tahun
Sakit belakang kepala akibat Pitam kerana sakit perut/memulas sehingga kepala kd sakit/pening serta gelap mata
Hello/As salam. Sy baru sahaja lepas pitam selepas selesai bersahur tadi. Tiba-tiba perut saya memulas sangat dan sy terasa seperti nk muntah. Lalu, sy terus berlari ke tandas. Sampai di tandas, kepala sy jd berat dan pandangan sy gelap. Sy terus tidak sedarkan diri. Mungkin dlm 5 minit selepas itu sy sedar. Sy dapati belakang kepala sy rasa sangat sakit akibat dr hentakan semasa pitam td. Alhmdulillah tiada pendarahan yg berlaku. Skrg sy sedang tuamnya mnggunakan ais. Belakng kepala masih lg sakit dan agak merisaukan sy. Mohon doktor bantu sy. Apa yg perlu sy buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Justeru, sukar untuk dinyatakan apakah masalah yang dialami ini adalah kesan langsung ataupun tidak langsung daripada diet anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.