
Sulit
4 tahun
Sakit belakang pinggang belah kanan
Saya wanita 30 an. Sudah seminggu saya sakit di bahagian belakang pinggang belah kanan. Saya ada sejarah kidney infection tahun lepas dan sangat kerap alami UTI. sakit belakarang kali ni tak seteruk sakit sewaktu kidney infection. Dua hari lepas saya buat urine test dan normal. Tiada protein dikesan. Harini tangan saya mula gatal dan ada biji2 kecil air. Saya risau jika ini petanda kidney saya ada masalah lagi. Apakah ujian lain yang perlu saya buat untuk tahu masalah sakit pinggang belah kanan saya ni berpunca dari apa? Doktor yang saya jumpa syak saya cuma gastrik tapi lepas sakit ni berlarutan sudah seminggu. Urine saya normal, kekerapan juga normal. Tiada burning feeling. Tak demam. Saya risau jika ada masalah organ dalaman lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada pinggang sebelah kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!