
SHARIFAHNSAIFUDDIN
5 tahun
Sakit belakang ,rusuk pedih belah kiri, payudara berdenyut
Saya wanita berumur 54 saya mengalami sakit ini selama 3 hari . Tapi pergi klinik doktor cakap kayap. Adakah betul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan diperlukan seperti jenis kesakitan, sejarah kesihatan serta sekiranya terdapat bintik-bintik sakit pada kulit. Kayap terjadi kepada mereka yang sudah pernah mengalami cacar air (chicken pox) dimana terdapat pengaktifan semula virus cacar air tersebut. Antara sebab-sebab lain bagi gejala-gejala yang anda sebutkan juga boleh terjadi kerana masalah otot, osteokondritis (radang tulung rusuk) serta sellulitis (jangkitan kulit).