
Sulit
4 tahun
Sakit belakang sebelah kiri atas bila bernafas
Hello doktor. Saya seorang wanita berumu 20 an. Baru baru ini Saya menghadapi sakit belakang sebelah kiri atas apabila bernafas. Saya fikirkan ianya perkara biasa dan akan sembuh setelah bangun dari tidur. Tapi kenyataanya tidak. Saya masih merasakan sakit itu apabila Saya menarik nafas.tambahan pula apabila Saya menganngkat tangan kiri,dan sujud ketika solat juga menyakitkan.sakitnya seperti menyucuk nyucuk dibbahaguan tulang belakang Tetapi sakit itu tidak menggangu selera makan Saya, dan sakit itu tidak dituruti dgn batuk atau demam. Tiada apa apa pendarahan yang berlaku. Setahu Saya juga Saya tidak melakukan apa apa aktiviti lasak yg boleh memberi kesan sebegini kepada Saya. Saya ingin pergi kehospital untuk membuat check up tpi saya risau ini cuma sakit biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan tentang sakit belakang anda. Saya fahami kerisauan yang anda sedang alami.
Sakit belakang ketika pernafasan boleh disebabkan oleh banyak perkara dan ia juga merupakan tanda disebalik sesuatu penyakit antaranya :
- Serangan jantung : ia biasanya diiringi simptom lain seperti sakit dada, sakit bahagian rahang, sakit di bahagian lengan, loya dan muntah.
- Scoliosis : ia merupakan satu kondisi di mana tulang belakang melengkuk dan memberi tekanan yang lebih kepada paru paru sekaligus membuatkan seseorang sukar dan sakit ketika bernafas.
- Jangkitan kuman pada paru-paru : juga dikenali sebagai pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru. Simptom lain pneumonia termasuklah demam, batuk dan sesak nafas.
- Kanser paru-paru : ketumbuhan pada paru-paru boleh memberi tekanan keatas saraf tulang belakang dan menyebabkan seseorang sukar bernafas dan sakit belakang.
- Embolisme paru-paru : ia berlaku apabila darah beku tersumbat di salah satu saluran darah ke paru paru. Ia boleh menghalang saluran darah yang normal dan sangat berbahaya sekiranya berlaku.
Hilangkan kegusaran sakit belakang anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah !
Sekiranya anda mengalami simptom sakit belakang yang berpanjangan atau mengalami simptom simptom berikut, sila berjumpa dengan Doktor di Hospital :
- Kesukaran bernafas
- Batuk yang teruk atau berdarah
- Pening kepala atau tidak sedarkan diri
- Badan lemah dan kebas
- Bengkak pada bahgian kaki
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang, hindarinya dengan segera !
Saya menasihati anda untuk berjumpa dengan Doktor di Hospital berdekatan atau klik link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi dengan kami. Terima kasih.