
Sulit
4 tahun
Sakit belakang sebelah kiri atas
Saya wanita berumur 23 tahun dan merupakan mahasiswa di sebuah IPT. Sejak kebelakangn ini saya mengalami sakit belakang disebelah kiri atas yang sgt sakit dan ia telah membuat tangan sebelah kiri saya berasa kebas kadangkalanya … sehingga menyebabkan saya tidak dapat melakukan aktiviti harian dan tidak selesa dgn sakit ini… kadangkalanya, saya tidak dapat menunaikan solat fardu secara berdiri…kesakitan ini telh berlaku selama hampir 6 hari … dan saya hanya mengambil ubat tahan sakit dan panadol sahaja… Hal ini disebabkan, saya berfikir kesakitan ini hanya sementara dan ia akan pulih… Namun kesakitan di bahgian belakang saya semakin berlarutan sehingga ke hari ini dan sangat sakit… apakah punca kesakitan ini? Adakah ia serius dan apakah tindakan selanjutnya yang harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan puan mengenai masalah sakit belakang di sebelah kiri atas serta kekebasan pada tangan sebelah kiri. Untuk makluman anda, terdapat beberapa kondisi yang boleh menjelaskan simptom anda ini iaitu:
- Penyakit jantung. Ia boleh menyebabkan sakit dada yang merebak ke belakang dan juga boleh menyebabkan kekebasan kerana tekanan darah yang tinggi.
- Tekanan darah tinggi
- Masalah pengsarafan pada otot tangan kiri
- Masalah tulang belakang leher (Cervical radiculopathy) yang boleh menyebabkan saraf tunjang menjadi terhimpit, sehingga menyebabkan rasa sakit pada saraf kepada otot belakang dan tangan
- Kecederaan pada saraf tunjang, tulang belakang leher ataupun otot dan sendi.
- Jangkitan kuman pada saraf tunjang.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi