
Sulit
5 tahun
Sakit belakang sesak bnafas dan cirit birit
sya wanita 25thun, smenjak jmaat lalu sya mngalami sakit blkang/sesak nafas dada trsa sakit dan sempit utk bnafas,pda hri sbtu sya tlah ke klinik ksihatan sya hnya diberi paracetamol srta magnesium trisilicate mixture nmun sakit trsebut ttap x reda dan pda mlm ahad sya ada prgi ke hsptal bdekatan krna sakit dada yg tramat kputusan dktor degupan jntung adalah normal, shgga skrg sya msih mngalami sakit dada sesak nafas, bdn sejuk pnas seakan demam serta cirit birit tpi x tlalu kerap, (last priod 17/03)
*tiada kontak rapat dgn yg dijangkiti
*tiada kluar negara
*hanya kluar beli kprluan mknan dipsaraya pd 25/03 & 02/04

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.