anissyazwani2201
6 tahun
Sakit belakang@tulang belakang
saya remaja berusia 20tahun kerap mengalami sakit belakang setelah duduk, memandu terlalu lama walaupun ketika berbaring kadang-kadang masih terasa sengal-sengal. Selain itu, selepas bangun tidur juga belakang saya rasa kebas dan tidak boleh dibengkok/dalam keadaan rukuk dalam solat. Walaupun saya hanya tidur dalam tempoh 3/4jam. Adakah gejala ini normal doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit belakang merupakan masalah yang banyak dihadapi oleh masyarakat. Biasanya masalah ini boleh disebabkan oleh masalah tabiat postur badan yang tidak betul seperti ketika duduk, berdiri, berbaring dan mengangkat objek berat. Postur yang salah boleh menyebabkan tekanan pada tulang, otot dan saraf dan seterusnya menyebabkan kesakitan.
Selain itu punca lain boleh disebabkan masalah tulang, otot dan saraf yang bermasalah samaada disebabkan kecederaan atau penyakit lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan sebelum membuat kesimpulan. Antara penyakit yang menyebabkan sakit belakang adalah
- prolapsed invertebral disc
- herniated vertebral disc
- skoliosis (tulang belakang bengkok)
- masalah saraf seperti radiculopathy
Anda boleh cuba melakukan senaman fisioterapi dan memperbaiki postur badan anda, mengamalkan gaya hidup sihat, dan mencapai berat badan ideal. Sekiranya masalah ini masih berlarutan dan menggangu kehidupan harian anda, anda boleh rujuk kembali masalah ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lanjut dan nasihat tentang masalah anda. Terima kasih.





























