Sulit

4 tahun

Sakit berdenyut & gatal di kawasan dada sebelah kiri

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera pada Dr sekalian

Saya ingin bertanyakan mengenai keadaan ibu saya (berumur 59 tahun, penghidap diabetis & mengalami keradangan buah pinggang) yang mengalami rasa sakit berdenyut (tidak keterlaluan) di bahagian dada sebelah kiri (dari bahagian ketiak ke payudara sehingga ke bawah tulang rusuk kiri)… Keadaan ini telah dialami sejak 2 minggu yang lalu… Rasa sakit berdenyut itu dirasakan sepanjang masa tapi kurang apabila dalam keadaan baring atau duduk tidak buat apa apa… Namun,sejak 2 hari lepas rasa sakit berdenyut itu menganggu tidur ibu saya… Juga, kawasan yang dirasakan sakit berdenyut itu telah menjadi gatal (rasa gatal miang) dan gatal ini juga telah pergi ke bahagian depan dada, belakang badan, kedua dua belah lengan dan tangan… Jadi apakah kondisi perubatan yang dihadapi oleh ibu saya diatas situasi yang dihadapinya ?? Harap para Dr dapat membantu… Sekian, terima kasih…

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit di bahagian dada ibu anda.

Melalui keterangan yang anda berikan, saya ingin memfokuskan kepada gejala sakit dada. Sakit di bahagian dada boleh di sebabkan oleh pelbagai perkara seperti :

  • Masalah jantung
  • Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
  • Kesakitan disebabkan otot dada
  • Kesakitan akibat radang esofagus
  • Salur darah paru paru tersumbat
  • Pneumothorax

Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi.

Saya juga mengambil maklum akan penyakit yang ibu anda sedang alami iaitu diabetes dan keradangan buah pinggang. Kedua-dua penyakit ini merupakan risiko untuk penyakit jantung. Sekiranya ibu anda mengalami gejala berikut, sila ke hospital untuk pemeriksaan lanjut :

  • Sakit di bahagian dada yang menyucuk dan kerap
  • Sakit merebak ke lengan, rahang dan bahu
  • Loya dan muntah muntah
  • Rasa berdebar debar
  • Sesak nafas

Elakkan sakit jantung dari menyerang anda !

Gejala kedua yang anda katakan iaitu gatal tidak boleh saya simpulkan. Maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_85826198

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)