
Anonymous
5 tahun
Sakit berlarutan dan bimbang ianya mungkin masalah depression
Saya remaja sekolah berumur 15 tahun. Saya baru kehilangan seorang bapa dan saya sedar saya banyak berubah sejak kebelakangan ini. Semua orang sekeliling saya seolah2 turut berubah termasuk ibu saya. Saya sudah demam dan selsema untuk jangka masa yang panjang dan lebih kurang 3 minggu saya masih tidak sihat. Saya ada baca bahawa jika seseorang pesakit depresion lambat sembuh ianya kerana depression melemahkan sistem imunisasi tubuh badan.Saya juga ada membuat “dass test” dan keputusan amat teruk. Apakah saya memang ada depresion dan apakah tindakan yang perlu saya ambil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala deman dan selesema anda mungkin disebabkan jangkitan selesema oleh orang sekeliling dan virus selesema sememangnya mudah berjangkit dan mengambil masa untuk sembuh. Manakala persoalan mengenai kemurungan atau “depression” ia adalah diagnosis yang perlu dibuat oleh doktor. Antara perkara lain yang memberi kesan kepada mood anda sekarang ialah:
- Keresahan
- Kesedihan atas kematian seseorang
Sekiranya anda berasa tidak bersemangat, tiada tenaga, tidak menyukai perkara yang anda suka dahulu, tidur terganggu serta tidak dapat fokus anda boleh berjumpa dengan kaunsellor atau doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.