
Sulit
5 tahun
Sakit berterusan bahagian abdomen
Doktor, saya lelaki berusia 50. Saya sering sakit perut sejak awal tahun 2018. Pertengahan 2018 saya telah didapati ada batu hempedu dan telah buat pembedahan buang hempedu. Selepas beberapa bulan sakit perut kembali lagi. Sudah buat OGDS dan dapat ubat dua jenis antibiotik bersama esomeprazole(utk 2 minggu) dan pantoprazole (utk 4 minggu)pada bulan April lepas kerana ada jangkitan kuman H.Pylori. Namun begitu sakit perut saya (dari hulu hati hingga ke bawah rusuk kanan) masih juga sakit hingga sekarang. Sakit yang saya derita ini sama macam saya ada batu hempedu dulu. Pertanyaan saya adakah kemungkinan batu itu berulang dan apakah rawatan selanjutnya yang perlu saya ambil. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di perut yang berterusan teruatama di bahagian kanan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.