Sulit
4 tahun
Sakit bila bersama dan masalah haid
Saya wanita berusia 25 tahun. Baru berkahwin. Sepanjang melakukan hubungan seksual, ada berlaku pendarahan akan tetapi selepas mandi darah itu berhenti dengan sendirinya. Pada mulanya saya fikir ia hanya istilah pecah dara tetapi darah sentiasa ada disetiap kali hubungan kelamin berlaku. Apakah penyebab perkara ini berlaku? Adakah saya kurang air pelincir dan akibatkan berlaku perkara ini? Sejak berkahwin juga keadaan haid menjadi singkat iaitu hanya selama 2 hari tetapi masih datang mengikut kitaran waktu haid yang biasa. Adakah perkara ini normal? Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Perubahan haid ini boleh disebabkan oleh beberapa punca iaitu:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.