
Sulit
4 tahun
Sakit buah zakar dan bawah perut
hello doc , saya rasa sakit pada bahagian buah zakar lepas makan durian n berbasikal . dah 3 hari rasa sakit . bila saya baring rasa kurang sikit . kawan saya ckp effect selepas berbasikal . ayah sy cakap angin sebab makn durian .

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit di buah zakar atau “testis” merupakan gejala yang boleh dialami pesakit yang mempunyai masalah:
- Testicular torsion - buah zakar berbelit
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
- Masalah pada prostat - masalah ini adalah masalah yang sering berlaku pada lelaki lebih umur 40 tahun dan kerap berbasikal atau postur dan posisi yang menyakitkan di celah kangkang boleh menjerumus kepada permasalahan ini
Tiada kajian ilmiah mendapati dengan memakan buah durian mampu menyebabkan masalah angin dan sakit pada testis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sakit testis mempunyai pelbagai sebab dan punca. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit tuan atau doktor pakar urologi mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.