
Sulit
3 tahun
Sakit buah zakar sebelah kanan dan pa gkal peha sebelah kanan
Saya beusia 21 tahun. Saya mengalami kemalangan motorsikal dan telah membuat pembedahan pada buah zakar sebelah kanan akibat darah beku. Selepas 1 tahun saya mengalami sakit pada buah zakar sebelah kanan dan pangkal peha sebelah kanan. Bagaimana nak menghilangkan rasa sakit tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit buah zakar anda boleh disebabkan:
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Jangkitan buah zakar
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.