
Sulit
3 tahun
Sakit dada akibat berhenti rokok
doktor kenapa saya kerap sakit dada selepas saya berhenti merokok,saya ada gastric gerd dan Axintie adkah saya kena merokok semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai sakit dada. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluma anda terdapat benyak perkara yang boleh menyebabkan rasa sakit dada. Antaranya adalah:
- Penyakit GERD
- Gastritis
- Gastroenteritis
- Peptic ulcer
- Pancreatitis
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Rasa cemas atau anxiety
Rasa sakit dada yang anda alami mungkin disebabkan oleh penyakit gastric, gerd dan anxiety yang anda alami. Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor