Sulit
5 tahun
Sakit dada antara dada dengan perut dan sakit perut sebelah kiri bawah dan k selain itu sakit dada bila tarik nafas
Saya berumur 18 thn saya kerap sakit perut dan sukar untuk bernafas dan kadang2 sakit badan . Keluarga saya juga mempunyai sejarah asthma dan anemia. Adakah ini simptom covid 19?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, berikut merupakan gejala bagi jangkitan coronavirus:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Oleh virus ini baru sahaja dijumpai, banyak lagi penemuanlain yang belum diketahui. Namun, sakit perut bukanlah merupakan simptom lazim bagi jangkitan Covid-19.
Namun, seperti yang disenaraikan di atas, gejala jangkitan coronavirus sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, untuk membantu pakar perubatan membuat keputusan risiko seseorang individu haruslah diketahui.
Masalah sakit dada dan perut juga boleh disebabkan kondisi lain seperti:
- Gastrik
- GERD
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































