
Sulit
4 tahun
Sakit Dada Bahagian Kiri Dan Tengah
Saya berumur 24 tahun. Sejak kebelakangan ini, dada saya kerap rasa sakit dan mencucuk-cucuk selama 1-2 minit di sebelah kiri dan bahagian tengah. Pada awal bulan 3, saya ada pergi ke klinik kesihatan dan bacaan jantung dan paru-paru saya normal. Apakah penyakit yang ada simptom sakit dan mencucuk-cucuk bahagian kiri dan tengah yang mungkin saya ada? Dan apa solusinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Untuk makluman anda,sakit dada adalah satu tanda di sebalik penyakit lain. Ian boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit yang anda alami boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan. Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital sekali lagi untuk pemeriksaan oleh Doktor. Sekiranya sakit ini berlanjutan, ia adalah tanda kepada penyakit yang kronik dan serius.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.