
Anonymous
5 tahun
Sakit dada bahagian tegah sampai tulang belakang
Saya wanita berumur 21’ tahun saya mengalami sakit dada bahagian tegah dada rasa sakit macam ada benda berat didada saya. Rasa sakit dada merebak sampai ketulang belakang saya. Saya rasa sukar nak bernafas dan kepala saya rasa macam nak pitam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara sebab-sebab anda mengalami sakit dada ialah:
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
• Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
• Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
• Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
• Gangguan emosi
• Sakit belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih