
Sulit
3 tahun
Sakit dada bahagian tengah dan tiada selera makan
saya nak tanya.dada saya sakit di bahagian tengah bila saya tarik nafas panjang dan sekarang ni tiada selera makan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kekhuatiran anda berkenaan sakit pada bahagian tengah dada apabila anda menarik nafas panjang dan disertai gejala kehilangan nafsu makan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk
- perut kembung
- perasaan cemas atau tertekan
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh gangguan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera, antaranya termasuk
- penyakit GERD
- jangkitan paru-paru
- gangguan pada jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.