
Anonymous
5 tahun
Sakit dada, bahu, dan sbgnya
Hi doc. Sy wanita berusia 35thn. Bekerja sbg eksekutif. Sejak akhir2 ini sy mengalami sakit dada spt dicucuk2, keletihan dan mengantuk yg melampau walaupun tidak buat aktiviti yg berat. Bahu dan leher sy juga mulai sakit sejak awal thn ini. Yg paling latest sy mengalami mual dan kembung perut. Adakah ini berkaitan dgn jantung? Sy ada buat ecg tetapi doc kata bacaan jantung sy itu normal. Utk pengetahuan doc juga, paras kolestrol sy juga tinggi (6.5). Adakah ini penyebabnya? Tq

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanya.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Oleh sebab sakit dada merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.