
Sulit
3 tahun
Sakit dada before datang bulan
hi sy umur 18. before beberapa minggu datang bulan sy akan sakit di bahagian dada. Kadang dekat tepi dada. Kadang di tngh dada. Rasa sakit mcm di bahagian dalam. Adakah itu normal??

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami bahawa anda mempunyai gejala sakit dada yang berlaku sebelum kitaran haid anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Perubahan hormon sekitar kitaran haid
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Gangguan emosi
Namun ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara serius seperti:
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.