
Sulit
3 tahun
Sakit dada belah kanan. bila tarik nafas akan lagi sakit..klu duduk atau baring sakit dada akan terasa tanpa sya menrik nafas dgn kuat
sya berumur 44 tahun seorang wanita…bila menarik nafas dgn kuat akn terasa sakit dada di belah kanan bila sya baring atau tunduk sakit dada akn terasa…kebetulan sya juga sskrg tengah selsema n batuk. kenapa ye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami selsema, batuk dan sakit dada. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- pulmonary embolism
- pneumothorax
- pneumonia
- tibi
- sakit jantung
- masalah muskuloskeletal
- anaemia
- masalah payudara
- jangkitan COVID-19
Berikut merupakan diagnosis umum perihal penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami sarankan masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian, terutamanya jika anda mempunyai simptom sesak nafas atau semakin teruk. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.