
ismimdzulfahmi
6 tahun
Sakit dada belah kiri & jantung degup laju
Saya lelaki umur 32 tahun , saya dikesan hypertyroid & darah tinggi bulan 8 tahun 2017 , sekarang saya makan 200mg tyroixine & ubat darah tinggi setiap hari . Soalan saya ialah dada kiri saya ada rasa nyeri & jantung degup laju / berdebar bila berjalan jauh & naik tangga . Apakah ini normal ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan soalan anda hal ini boleh bekemungkinan normal ataupun kesan sampingan ubat yang anda makan .Namun terdapat beberapa punca yang lain boleh menyebabkan hal ini berlaku. Antaranya ialah:
Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung
Laluan elektrik yang tidak normal dalam jantung semasa kelahiran (keadaan jantung kongenital, termasuk sindrom QT yang panjang)
Penyakit atau kelainan kongenital jantung
Senaman
Tekanan mendadak, seperti ketakutan
Tekanan darah tinggi atau rendah
Merokok
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih