
Anonymous
5 tahun
Sakit dada & berdenyut di bahagian kiri dada
Rakan saya seorang lelaki brusia 20 tahun. Dia pernah mngidap asma sewaktu kecil. Dia sering merasakan sakit dan berdenyut di bahagian dadanya serta mengalami pening kepala sedikit. Dia baru sahaja terjebak dalam satu kemalangan pada awal bulan lepas. Tetapi dia tidak membuat apa apa pemeriksaan di hospital selepas kemalangan itu berlaku kerana dia menyangka tiada apa apa yg serius berlaku padanya disebabkan tiada luka luka luaran yang terjadi. Apakah masalah ini berkaitan dengan kerosakan dalaman yang berpunca dari kemalangan trsebut dan bagaimana cara untuk menghilang & menyembuhkan rasa sakit yang dialaminya itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Adalah satu perkara yang penting untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan kemalangan terutamanya kemalangan jalan raya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Terdapat pelbagai punca kepada gejala tersebut. Konsultasi dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat.
Apa yang kami bimbangkan pastinya kecederaan dalaman. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.