
aimanabilah98
2 tahun
Sakit dada berdenyut2 secara tiba2 dan sakit belakang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya sejak minggu lepas saya mengalami sakit belakang secara tiba-tiba dan menyebabkan saya tidak boleh duduk dengan lama. Adakah ini kerana postur badan saya yang bongkok menyebabkan saya sakit belakang?
Saya juga mengalami sakit dada berdenyut-denyut secara tiba-tiba. Sebelum ini, sakit dada ini saya alami jika saya membawa barang2 berat seperti beg sahaja. Tetapi sejak seminggu yang lalu, dada saya sakit berdenyut2 secara tiba2. Adakah gejala-gejala ini merbahaya?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit dada dan berdenyut-denyut boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti:
- Sakit otot dibahagian dada
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan
- Penyakit jantung
- Rima jantung tidak sekata
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.