
arien.alyna
2 tahun
Sakit dada berkahak hijau tiada batuk
Sy sekarang sll rasa sakit dada,kdang sesak nafas gak…bila sy buang hinggus, lendiran dia berwarna hijau pekat sma gak dengan kahak sy berwarna hijau pekat…apa sistom sakit yg sy alami ni dan apa perlu sy lakukan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru- paru (pneumonia)
- Tuberculosis
- URTI
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana jika anda dijangkiti TB, penyakit tersebut adalah serius dan mudah merebak kepada orang lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.