
yaezairi91
5 tahun
Sakit dada, bernafas tak puas, selalu rasa bergeletar dan panic
Saya berumur 29 tahun, saya selalu pening kepala, rasa bernafas tak puas, bergeletar dan sakit dada…masuk private hospital semua normal tak ada masalah, bila terasa sakit datang terus panic dan hilang mood…pergaulan dengan keluarga pun terbatas apabila sakit menyerang…doktor boleh jelaskan tak apa masalah saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
*Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang kandungan darah merah
- kurang kandungan gula dalam darah
- tekanan darah rendah
- vertigo
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.